Liga KRS Div Jr ~ SLRC vs TEORA

February 17th, 2008 by azwanzakwan
SLRC
sekali hampir-hampir memecahkan rekod perlawanan pertama apabila sekali lagi
membenam cabaran TEORA, wakil dari Kepong dengan mencatatkan kemenangan selesa
49-3.
Dengan kehadiran semua pemain utama, SLRC tidak menghadapi masalah
apabila mendahului babak pertama perlawanan dengan skor 35-0.
 
Perlawanan kali ini,
memperlihatkan kehadiran warga baru old boys seperti Lan gay dan juga smile yang
sedang menunggu result SPM 2007.
Corak permainan agresif
yang ditunjukkan oleh SLRC sememangnya tidak dapat ditahan oleh pemain TEORA
apabila Alim 9903 yang mengetuai barisan forward dengan jolapnya menghasilkan 3
try peribadi untuk dirinya.
Memperlihatkan permainan
kemas dan bertenaga dari SLRC, pemain TEORA mula bermain agak kasar menyebabkan
beberapa pemain SLRC terpaksa ditukar akibat terkena tumbukan dan juga high
tackle. Pengadil juga melayangkan kad kuning kepada pemain
TEORA.
Perlawanan seterusnya,
SLRC akan menentang PSIS Falcons pada hari Ahad 24 Februari 2008 juga bertempat
di padang UPM Serdang.
"After all, it’s just
another game of rugby"
Lions… pride and
passion
rgds
Azwan
/DHL-FIN
 
players
:-
Zack (915), Lan Gay
(0307), Iks (926), Tam, Ajoi, Ayis, Smile (0307), Azfa (9701), Alim (9903), Ross
(948), Amin, Jibak (9903), Shah, Wali, Fikri, Itik (0206), Manjung (0206), Muzal
(0206), Mamu (0206), Duen (0206), Jimmy (9802), Pakho (9903), Basit (9902), Zam,
Tobab (0206), Kirk, Cimex (9903), Sayo (8892), Bulat (0105), Mirul
(9903).

Liga KRS Div Jr ~ SLRC vs Ansara

January 27th, 2008 by azwanzakwan

Ahad, 27 Jan (UPM) - Perlawanan pembukaan Liga KRS Divisyen Jr yang berlangsung petang semalam di padang Universiti Putra Malaysia memperlihatkan SLRC mencatat rekod tersendiri dalam sejarah penuhunannya apabila membenam lawan iaitu Ansara dengan skor 50-3.

SLRC yang turun dengan hampir kesemua pemain utama termasuk mereka yang menyertai Negri Sembilan U-19 Sevens baru-baru ini di Ipoh, tidak menunggu lama apabila Bagak (915) menghasilkan try pertama seawal minit kedua. Asakan demi asakan yang dilakukan oleh SLRC memang tidak dapat dikekang oleh pihak lawan apabila Bagak sekali lagi mendapatkan try keduanya.

Dengan keputusan 26-0 pada babak pertama, para pemain seolah-olah seperti singa yang kelaparan apabila Tambun (0105) membuat hit yang begitu hebat dan menghasilkan try seterusnya sebelum beliau sendiri terpaksa diusung keluar akibat kekejangan otot.

Barisan line yang diketuai oleh Ross 9498 tidak banyak menghadapi masalah dalam larian, cuma beberapa taktikal yang tidak berjaya dilakukan akibat handling errors. Bagak bagaikan singa kelaparan apabila beliau yang mengetuai barisan forward, menghasilkan try peribadi beliau yang ketiga dalam perlawanan.. bak kata budak Sdar, dia jolap la bola tuh… hehehe….

Akhirnya, tepat jam 5.15 ptg, pengadil Ali Tahar meniupkan wisel penamat dengan berkesudahan, SLRC menewaskan Ansara, 50-3.

Perlawanan kedua akan berlangsung Ahad ini (3 Feb 2008) menentang Uniten bertempat di Pdg Uniten, Bangi pada jam 5.30 ptg. Perlawanan tersebut dijangka seimbang dengan akan ramai ketidakhadiran para pemain akibat penglibatan mereka dalam Ragbi MASUM 10’s di Terengganu bermula Ahad ini.

After all, it’s just another game of rugby…

"Lions…pride and passion"

Players :-
Bagak(915), Acai, Bulat(0105), Tam, Ajoi, Sayo(8892), Ayis, Duen(0206), Ross(948), Arep(9802), Jibak(9903), Shah, Mirul(9903), Fikri, Tambun(0105), Boga(0004), Emon, Muzal(0206), Manjung(0206), Itik(0206),  Alim(9903), Zack(915), Azfa(9701), Welens(0105), Ala(0105), Basit(9903).

Ansara Rugby 10’s IV 2008

January 13th, 2008 by azwanzakwan
Assalamuaikum wbt &
salam sejahtera,
Pada hari sabtu dan ahad
yang lepas, Sdar Lions Rugby Club (SLRC) telah menyertai satu kejohanan ragbi
Ansara 10’s ke 4 anjuran alumni MRSM (Ansara).
SLRC telah menghantar
dua pasukan dalam kategori masing-masing iaitu pasukan Old Boys dan pasukan
bawah 19 tahun. SLRC U-19 terdiri daripada mereka yang baru menamatkan
peperiksaan SPM 2007.
Pasukan Old Boys yang
turun tanpa sebarang harapan terpaksa berpuas hati apabila berjyaa menamatkan
saingan dengan menjuarai kategori Bowl setelah menang percuma ke atas Ansara
Pontian dalam perlawanan final Bowl.
Manakala SLRC U19, yang
merupakan juara NS 2007 terpaksa tunduk dengan kehebatan Juara KL 2007 iaitu
SMSOB dengan skor 0-7 dalam final Cup.
Berikut ialah keputusan
penuh perlawanan yang melibatkan SLRC :-
Old Boys
:
SLRC vs Staroba      
7-7
SLRC vs ASAS         
0-19
q/final (bowl)
:
SLRC vs Ansara Beseri
19-0
semi-final
(bowl):
SLRC vs
VIOBA            10-0
final (bowl)
:
SLRC vs Ansara
Pontian     (menang percuma)
Under 19-
:
SLRC vs SMT K.
Klawang     7-7
SLRC vs
Ex-Sas                  15-5
Semi-final
(cup):
SLRC vs Ansara
M’Shah       5-0
Final (cup)
:
SLRC vs
SMSOB                0-7
After all, it;s just
another game of rugby,
"Lions… pridde and
passion…"
Players
Old boys :- Azfa (9701),
Bulat (0105), Ajoi, Alim (9903), Pakho (9903), Alien (9701), jimmy (9802), kuda,
Mamu (0206), Indra (0004), Cimex (9903), Zack (915), Itik (0205), Toche (9903),
Boga (0004), Samba (959).
Under19 (0307)
:-
Kuman, Kulop, Lan Gay,
Pyan, Smile, Samurai, Anep, Besut, Siti, Topek, Asan, OA, Kulai,
Amar.

Final ALumni Cup: SLRC vs SMSOB

December 16th, 2007 by azwanzakwan

Petaling Jaya, 16 Dis-

Pada perlawanan akhir Piala Alumni (kategori Cup) yang
berlangsung petang semalam menyaksikan satu perlawanan yang pada awalnya
dijangka akan berat sebelah pihak lawan. Namun, semangat juang yang jitu
ditunjukkan oleh para pemain berjaya mengekang pihak lawan sebelum akhirnya
terpaksa akur dengan kehebatan pihak lawan. Keputusan petang semalam, SLRC tewas
kepada SMSOB dengan skor 16-20.
Kedudukan kedua-dua pasukan terikat 13-13 pada saingan
babak pertama setelah masing-masing memperolehi satu try dan saling berbalas
sepakan penalti.
Ketika masa permainan yang berbaki 10 minit sebelum
wisel, SMSOB berjaya mendapatkan satu try dan conversion bagi membolehkan mereka
mendahului 20-13. Sebelum perlawanan berakhir, Ross melakukan satu drop goal
ala-ala Johnny Wilkinson untuk kedudukan terakhir SMSOB menewaskan SLRC,
20-16.
SMSOB berjaya mempertahankan kejuaraan pada tahun 2006
dan juga juara berganda setelah muncul juara Liga Alumni 2007. SLCR berjaya
memperbaiki pencapaian tahun lalu setelah muncuk naib juara Piala Alumni dan
berada dalam ranking ke-3 keseluruhan di bawah SMSOB dan juga
MCOBA.
Pada perlawanan sebelum itu bagi penentuan tempat
ketiga, OPA-RMC berjaya menumpaskan Ex-Sas yang bermain tanpa mana-mana pemain
Piala Agongg dengan skor 29-5.
2007 akan melabuhkan tirainya dan lakaran kejayaan
ragbi membawa khabar gembira buat semua pemain, pihak pengurusan dan penyumbang.
Semoga bertemu pada Ansara 10’s 12-13 Januari 2008 nanti.
After all, it’s just another game of
rugby.
"Lions… pride and passion"
pemain:-
Bagak (915), Acai, Bulat (0105), Zack (915), tambun
(0105), Ajoy, ayis, smile (0307), pakho (9903), arep (9802), amat,  alim (9903),
duen (0206), Ross (948), Mamu (0206), Muzal (0206), Manjung (0206), Abang, Jimmy
(9802), Itik ( 0206), Otai (0004), Bota (0307), Iqbar (0307), Siti (0307),
Zam, Iks (926)

Sdara Futsal Season 2007

December 11th, 2007 by azwanzakwan

Sunway, 08 Dis - SDARA Futsal Season 2007 Inter-batch telah berlangsung
dengan jayanya pada hari Sabtu yang lalu bertempat di Sports Planet
Subang Grand, Bdr Sunway. Sebanyak 32 pasukan telah mengambil bahagian
dalam kejohanan edisi yang ke-5 sejak ianya mula diperkenalkan pada
tahun 2003. Ini merupakan acara kemuncak bagi penutup tirai tahun 2007
dan juga sempena Sambutan Jubli Emas SDAR.

Pada edisi kali ini, warga baru SDARA iaitu pasukan dari SDARA 07 muncul
juara bagi kategori Premier setelah menundukkan juara bertahan iaitu
SDARA 98A menerusi penentuan sepakan penalti. Perlawanan yang sengit itu
telah berkesudahan dengan jaringan 1-1 setelah wisel penamat dibunyikan.
Pasukan SDARA 07 menjadi pasukan pertama yang muncul juara apabila
pertama kali menyertai kejohanan ini.

SDARA 07 ternyata tidak mendapat laluan yang mudah untuk ke peringkat
akhir apabila terpaksa berdepan dengan pasukan pilihan seperti SDARA 97
di peringkat kumpulan dan menewaskan SDARA 95 pada perlawanan separuh
akhir. Begitu juga dengan SDARA 98A apabila terpaksa menentang sesama
sendiri SDARA 98B di peringkat suku akhir sebelum menumpaskan SDARA 00A
2-0 pada saingan separuh akhir. SDARA 98A yang menjejakkan kaki ke final
buat kali ketiga berturut-turut terpaksa akur dengan kehebatan dan
ketangkasan penjaga gol SDARA 07 yang berjaya mematahkan beberapa cubaan
yang berbahaya.

Bagi kategori Otai pula, SDARA 93A telah dinobatkan sebagai juara
apabila menundukkan SDARA 92 juga melalui penentuan sepakan penalti
apabila kedua-dua pasukan telah terikat dengan kedudukan 1-1.

Saudara Anip dari SDARA 07 telah dipilih sebagai pemain terbaik
perlawanan akhir bagi kategori Premier, manakala Saudara Zahiruddin dari
SDARA 93A pula telah dinobatkan sebagai pemain terbaik untuk kategori
Otai.

Pasukan SDARA 07membawa pulang Piala Pusingan Allahyarham Mohd Ghazali
Zakaria, pingat dan hamper manakala SDARA 93A juga membawa pulang Trofi
kejohanan, pingat dan juga hamper. Majlis penyampaian hadiah telah
disempurnakan oleh Naib Yang Di-Pertua SDARA iaitu Saudara Ibrahim K
Mohideen. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Good Old Sdar yang
dipimpin oleh saudara Ayyub dan juga sesi bergambar bersama pemenang.

NS Close Rugby 10s 2007

November 25th, 2007 by azwanzakwan

NS Close Rugby 10s 2007 telah berlangsung dengan jayanya di Padang Sek Men King George ke-V (KGV) pada hari sabtu yang lepas.

Pasukan SLRC (kategori Open) terpaksa tunduk buat kali kedua pada saingan separuh akhir selepas tahun kali terakhir melangkah ke saingan tersebut pada tahun 2005 sebelum tidak menyertainya pada tahun lepas. SLRC tewas 0-5 kepada Zaaba Old Boys. Walaubagaimanapun, kekecewaan tersebut dapat ditebus apabila membenam Tampin Tigers 21-0 dalam saingan merebut tempat ketiga.

STJ Old Boys berjaya mengekalkan Trofi kejohanan setelah menewaskan Zaaba Old Boys pada saingan final.

Pada tahun 2006, SLRC tidak menyertai Kejohanan tersebut kerana bertindih dengan UPM 7s dan UiTM 7s.

Bagi kategori veteran pula, gabungan SDAR-STJ berjaya mengekalkan kejuaraan apabila menumpaskan Tampin Veteran dengan skor 14-0.

Gambar-gambar kejohanan akan diupload dalam http://sdarlions.fotopages.com

After all, it’s just another game of rugby.

"Lions… pride and passion"

players :-
Azfa (9701), Bulat (0105), Basit (9903), Duen (0206), Tobab (0206), Manjung (0206), Arep (9802), Jibak (9903), Mamu (0206), Itik (0206), Toche (9903), Sujak (9903), Moondog (9903), John (0206), Abe (0105), Posto (0105), Indra (0004), Askar (9802), Muzal (0206).

Veteran :-
Tharmizy, Wan Bon, Rodin, Ateng, Chot, Moondog, Alim, Herwan…. yang lain aku tak kenal.. hehehe…

Liga Alumni 2007

September 7th, 2007 by azwanzakwan

Ragbi Liga ALumni 2007 telah berlangsung bermula dari 4 Ogos sehingga 9 September 2007 dan telah melibatkan pasukan Sdar Lions Rugby Club (SLRC) ….

Pada peringkat kumpulan SLRC telah tewas dalam ketiga-tiga perlawanan dalam kumpulan A.

Berikut ialah keputusan perlawanan :-

SLRC vs High School Klang Old Boys          10-20
SLRC vs Sains Johor Alumni (SAJOHA)      24-27
SLRC vs Sains Selangor Old Boys (SMSOB) 10-38

After all, it’s just another game of rugby
"Lions… pride and passion"

players :-

Zack (915), Bulat (0105), Yang, Tam, Ajoi, Pakho
(9903), Kadok (9802), Arep (9802), Alim (9903), Jimmy (9802), Muzal (0206),
Amin, Mamu (0206), Amir, Zargus (0105), Itik (0206), Manjung (0206), Sayo
(8802), Iks (926), Amat, Sailam (948), Joule(915), Mentol
(0206), Ross (948).

SLRC in SMSS 10’s XV 2007

May 7th, 2007 by azwanzakwan
Assalamalaikum wbt &
salam sejahtera,
Pada Sabtu dan Ahad yang
lalu ( 5 & 6 Mei 07), SDAR Lions RC dan juga SDAR Lions U-14 & U-17
telah menyertai kejohanan ragbi tahunan Jemputan SMSS Satang 10 Sepasukan yang
ke-15 bertempat di Padang Wembley, Sek Men Sains Selangor, Cheras. SLRC telah
menghantar seramai 17 pemain yang kesemuanya terdiri dari bekas pelajar SDAR
sendiri dan wakil dari sekolah.
Dalam peringkat kumpulan
E, SLRC tidak diberi laluan mudah apabila hanya sekadar seri dengan VIOBA (VI
Old Boys) dan KOBOYS (Kosass Old Boys) dengan kedua-dua perlawanan seri 0-0.
Dengan keputusan hari pertama melihatkan SLRC sekadar menduduki ranking ke 10
daripada 15 pasukan dengan 2 mata tanpa skor dan tanpa
bolos.
Pada saingan suku akhir
bowl, SLRC berjaya menewaskan ECOB (English College Old Boys) dengan skor 7-0
hasil larian cantik dari Nenek (97-01). Sekali lagi SLRC bertemu VIOBA di
saingan separuh akhir dan baru menunjukkan prestasi sebenar apabila membenam
VIOBA dengan skor 17-0.
Pada perlawanan akhir,
SLRC bertemu dengan musuh tradisi zaman persekolahan apabila masuk ke padang
menentang STJOB Warriors (STJ Old Boys). STJ yang turun ke padang dengan tekad
untuk menewaskan SLRC menurunkan pemain-pemain harapan mereka termasuk bekas
pemain kebangsaan, saudara Ujang…
Walaupun ketinggalan 0-5
di belakang STJOB, akhirnya permainan kemas dan bertenaga yang dipamerkan
membolehkan SLRC memenangi perlawan dengan skor 12-5 hasil try dari Siam (01-05)
dan Arep (98-02).
Bagi kategori bawah 14,
SDAR telah muncul johan cup setelah menewaskan SMSS A 12-0. Manakala pasukan
bawah 17 tewas di peringkat suku akhir cup kepada Sekolah Sukan Bandar Penawar
dengan skor 7-0.
Terima kasih kepada
mereka yang turut hadir memberikan sokongan.
Pemain
:
Bagak (91′5), Arep
(98′02), Pakho (99′03), Alim (99′03), Manjung (02′06), Muzal (02′06), Nenek
(97′01), Siam (01′05), Tobab (02′06), Ross (94′8), Welens (01′05), Mentol
(02′06), Azfa (97′01), Bota (97′01), Cimex (01′05), Ajoi (95′9), Sujak
(99′03).
 
After all, it’s just
another game of rugby.
"Lions… pride and
passion"

Ragbi MSSNS 2007

March 21st, 2007 by azwanzakwan

Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban telah menjadi johan dalam kejohanan MSSMNS
yang telah diadakan pada 16 Februari 2006 di Kuala Pilah. Dalam pertandingan
akhir SDAR telah mengalah SMK Zaaba (17 – 12 ). Dengan kemenangan ini telah
terbukti kekuatan SDAR dalam arena ragbi. Dengan ini SDAR telah berjaya
mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut-turut. Seramai 7 orang pelajar SDAR
telah terpilih mewakili Negeri Sembilan dalam kejohanan Ragbi MSSM di Perlis
yang diadakan pada bulan Mac.

Ragbi Liga NS : SLRC vs KP D’Perpateh

February 11th, 2007 by azwanzakwan

Perlawanan pembukaan Ragbi Liga Negri Sembilan di antara Sdar Lions Rugby Club
(SLRC) dan Kuala Pilah D’Perpateh telah berlangsung di Padang Sekolah Tengku
Muhammad (TMS), Kuala Pilah pada petang Sabtu yang lalu.

Seramai 22 orang pemain SLRC yang datang dari Kuala Lumpur dan hanya 3 orang
pemain sahaja dari Seremban. Perjalanan yang agak jauh ditambah dengan keadaan
cuaca yang panas terik sepanjang lebuhraya Utara-Selatan dan jalan yang
sesak teruk di bandar Seremban akibat Le Tour de Langkawi dan tersangkut di dalam
lalu lintas di Seremban sahaja hampir 45 minit menyebabkan SLRC tiba di pdg TMS
tepat jam 5.30 ptg. Para pemain hanya sempat untuk memanaskan badan selama 10
minit sahaja.

Apabila wisel permainan ditiupkan, SLRC tidak tunggu lama apabila Stopek
memulakan larian dari scrum di tengah padang dan larian dimulakan dengan
cantik oleh Arep 98-02 sebelum disudahkan oleh Itik 02-06.

Keadaan agak kucar-kacir di dalam kawasan 22m SLRC apabila D’Perpateh mula
mengasak dan keadaan agak goyah seketika.

D’Perpateh turut diperkuatkan oleh beberapa muka lama yang berpengalaman
seperti E-man, Adik-beradik Palong, Badut (STJ), Ajis, Killer dan Ross (Sdar).

Perlawanan agak konsisten sehingga separuh masa tamat dengan kedudukan SLRC
12-D’Perpateh 7.

Ketika SLRC mendahului dengan skor 17-7, D’Perpateh memasukkan Ross 948 (kira kes curik player la nih) dan corak permainan D’Perpateh terus berubah apabila dalam
10 minit terakhir perlawanan mereka berjaya mendapatkan 3 try hasil larian
Ross.

Keputusan akhir perlawanan ialah SLRC tewas dengan skor 17-26.

Walaubagaimanapun, semangat kental yang ditunjukkan oleh para pemain SLRC harus dipuji walaupun datang dari jauh dan agak penat sepanjang perjalanan. Pemain
SLRC kebanyakkannya ialah mereka yang baru sahaja tamat SPM 2006 bakal dipilih
mewakili NS Bawah 21 tahun nanti.

Thanx for Aripo (94′8) kerana turut sama jadik manager hari tuh… dia dtg all
the way from KL.

Bak kate Mizy, "Winning is a bonus… giving everything is the victory".

After all, it’s just another game of rugby…

"LIONS…Pride and Passion"

makeURL(”http://sdarlionsrc.myphotoalbum.com”,”eHNsL2J1bGxldGluLnhzbA==”);http://sdarlionsrc.myphotoalbum.com

Line-up : Kondoque (84′8), Basau(0206),
Wellens (0105), Fahmi, Azfa (9701), Paoh
(9903), Tobab(0206), Stopek,
Manjung(0206),Jimmy(9802), Arep (9802),
Muzal (0206), Aboi, Itik (0206), Bagak
(91′5), Anu (94′8), Misha, Fiqi (0206),
Fikri, Sayo (88-92), Mentol (0206), Mamu
(0206).