Final KRS Cup Junior 2008
Sunday, May 4th, 20084 Mei 08, Petaling Jaya- Perlawanan akhir Piala KRS Junior yang berlangsung di Padang Utara, PJ petang ahad lalu telah memihak kepada ASAS Fighters dengan skor 20-14.
SLRC yang turun dengan kesemua pemain ternyata goyah dengan asakan bertali arus dari ASAS, tersentak dengan try awal akibat kesilapan oleh Itik 0206. ASAS yang ingin menebus kekecewaan akibat kekalahan pasukan senior mereka dalam saingan NICC sabtu lalu, mempamerkan permainan yang bertenaga.
Begitupun tersentak dengan try awal tersebut, SLRC tidak mudah goyah apabila SLRC mula melancarkan serangan demi serangan ke kubu pihak lawan dan berjaya menghasilkan try menerusi Shah dan conversion disempurnakan oleh Ross.
Kelekaan pemain menyebabkan ASAS mengambil kesempatan untuk mendapatkan try kedua sebelum permainan berhenti berehat.
Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan semangat yang padu. Asakan demi asakan ke kubu lawan masing-masing. Akhirnya, ASAS berjaya menjarakkan jurang skor apabila menghasilkan satu lagi try.
SLRC yang diketuai oleh Ross 948 melakukan apa sahaja yang boleh bagi merapatkan jurang dengan mendapatkan 6 mata dari penalti.
5 minit baki perlawanan, ASAS menggandakan asakan dan berjaya menjarakkan skor menerusi sepakan penalti. Wisel penamat dibunyikan oleh Karmen dari Singapura dengan perlawanan memihak kepada ASAS dan SLRC tewas buat kali kedua dalam saingan KRS Junior dengan skor 13-20.
After all, it’s just another game of rugby..
"Lions… pride and passion"
players : -
Bagak (915), Acai, Zack (915), Azfa (9701), Ajoi, Ayis, Pakho (9903), Smile(0307), Alem (9903), Ross (948), Amin, Wali, Shah, Mamu (0206), Itik (0206), Arep (9802), Tam, Tobab (0206), Muzal (0206), Duen (0206), Mirul (9903), Bulat (0105), Tambun (0105), Basit (9903), Cimex (9903), Emon, Zam, Kuman (0307), Lan Gay (0307), John (0206), Iks (926), Jimy (9802), Am (0206)