Archive for April, 2008

Last day in DHL

Tuesday, April 29th, 2008

Selepas 4 tahun bekerja dgn sebuah syarikat logistik terkemuka di Malaysia yg telah 30 lebih beroperasi di sini, aku akhirnya membuka langkahku untuk keluar dari syarikat yg telah banyak mengajarku pelbagai pengalaman yang menarik dan berguna sepanjang menjalankan tugas di sini… .aku terpaksa membawa diri pasal maybe tak berapa tahan dengan tekanan yg diberikan oleh boss aku yg didatangkan khas dari India sana… sblm dia dtg ok jer…. xde masalah pun yg timbul..

bila dh dtg dia tuh.. habis semua corak corak management dia dh ubah…. banyak benda dia wat tanpa rujuk kepada yang lain.. dia ingat dia bagus.. piiraaa….

aku takleh wat kerja kalau management mcm nih… memikirkan kepentingan peribadi daripada menjaga hati pekerjanya sendiri… so, kalau sapa2 yg jadi boss tuh… plsss lah…. jaga hati pekerja anda….. pekerja adalah nadi sesebuah organisasi dalam menjana pendapatan dan keuntungan serta kejayaan sesebuah syarikat…

so, starting this friday 2 may, aku akan join British American Tobacco kt bkt jalil… dekat sikit ngan rumah aku…. chiao….

Piala KRS Junior - SLRC vs Uniten Thunders

Sunday, April 6th, 2008
5
April - Perlawanan separuh akhir Piala KRS Divisyen Junior di antara SDAR Lions
(SLRC) dan Uniten Thunders telah menyaksikan Juara Liga KRS Divisyen Junior ini
menang tipis ke atas pihak lawan dengan skor 12-5.
Turun
tanpa beberapa tonggak forward yang menjadi taruhan sepertimana perlawanan
terakhir dalam saingan liga, Thunders sememangnya telah bersedia bagi memberikan
tentangan yang hebat kepada SLRC. Dalam tempoh 15 minit pertama, SLRC diasak
bertubi-tubi dan terpaksa mempertahankan serangan demi serangan dari Thunders.
Hanya selepas itu, barulah SLRC berjaya keluar dari kawasan sendiri dan hanya
sekali serangan Alim 9903 membuat larian solo aka jolap bagi mendapatkan try
yang pertama.
Separuh masa pertama berkesudahan dengan skor SLRC mendahului
Thunders 7-0.
Babak
kedua menyaksikan SLRC tidak tunggu lama apabila memperkemaskan asakan demi
asakan dan sekali lagi Alim dengan jolapnya berjaya menghasilkan try untuk SLRC.
Namun conversion gagal disempurnakan oleh Ross 948.
Menyedari yang SLRC makin bersemangat, Thunders terus
memperhebatkan lagi serangan namun berjaya dipatahkan oleh SLRC. Tambah
memburukkan lagi keadaan, Ajoi (pemain import dari PUO Panthers, skrg full time
ngan SLRC) dihadiahkan kad kuning sebagai balasan kerana mengasari pemain sayap
Thunders dengan tackle yang berbahaya. Kesempatan itu diambil oleh Thunders
untuk menggandakan lagi asakan dan hasilnya, Thunders berjaya merapatkan lagi
kedudukan.
Kedudukan tersebut tidak berganjak walaupun Thunders juga mendapat
kad kuning selepas Ajoi dimasukkan. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan
berpihak kepada SLRC, 12-5.
SLRC
akan berdepan dengan pemenang di antara MOR Jr dan juga ASAS di mana perlawanan
tersebut akan berlangsung pada minggu hadapan.
Kemenangan separuh akhir tersebut melihatkan bahawa, keputusan
lalu bukan ukuran bagi sesebuah kejayaan. Dek kerana terlalu yakin dapat
memenangi perlawanan, maka pemain mengambil sikap sambil lewa sehingga memaksa
terpaksa bertahan di kubu sendiri beberapa ketika. Namun, semangat terus menjadi
inspirasi bagi para pemain.
After
all, it’s just another game of rugby.
"Lions… pride and passion"
players :-
Zack
(915), Bulat (0105), Toche (9903), Ayis (UKM), Ajoi (Poli), Azfa (9701), Smile
(0307), Alim (9903), Duen (0206), Ross (948), Amin (UTM), Muzal (0206), Jibak
(9903), Indra (0004), Mamu (0206), Basit (9903), Tam (UTM), Cimex (9903), Jimmy
(9802), Shah (UTM), Lan Gay (0307).
http://sdarlions.fotopages.com (belum
upload yang latest)