Liga KRS - SLRC vs X-SSAAS

Assalamualikum
wbt,
16 Mac, Shah Alam - SDAR
Lions RC (SLRC) meneruskan rentetan kemenagan apabila terus membenam cabaran
Pasukan Bekas Pelajar Sekolah SMK Sultan Salehudin Abd Aziz Shah (X-SSAAS), Shah
Alam pada perlawanan ragbi Liga KRS Divisyen Junior, petang
semalam.
SLRC yang turun dengan
semua pemain utama kecuali Alim 9802 yang lewat hadir kerana masalah peribadi
dan juga Jimmy yang juga lewat kerana bekerja. Dan juga penyokong yang merupakan
bekas pelajar SDAR juga hadir termasuk Ateng.
Dengan keadaan padang
yang begitu teruk, hampir menyukarkan kedua-dua pasukan untuk membuat gerakan,
namun SLRC tidak tunggu lama apabila mendapatkan try pada minit ke-7 menerusi
Azfa 915. Selang lima minit, Itik 0206 mula melakukan larian yang cantik hasil
gerakan Ross dan rakan-rakan untuk mendapatkan try yang
kedua.
Beberapa larian yang
dilakukan oleh back-line beberapa kali dipatahkan oleh pihak lawan dan diri
sendiri apabila bola banyak jatuh dan forward pass.
X-SSAAS yang cuba
bangkit, berjaya mendapatkan try pada penghujung babak pertama setelah Wali
dilayangkan kad kuning akibat menumbuk pemain lawan. Separuh masa pertama, SLRC
10, X-SSAAS 5.
Pada separuh masa kedua,
pasukan jentera berat dimasukkan bagi memantapkan lagi serangan. Serangan demi
serangan yang bertali arus sememangnya tidak dapat dikekang oleh pihak lawan
yang menurunkan pemain campuran bekas pelajar dan pelajar
sekolah.
Tepat jam 6.40 ptg,
pengadil Mat Rat meniupkan wisel penamat dengan keputusan SLRC menumpaskan
X-SSAAS dengan skor 27-5.
Keputusan lain, MOR Jr
menang tipis terhadap ASAS Fighters 12-8, manakala TEORA memperolehi kemenagan
pertama menerusi PSIS Falcons, 15-5. Uniten Thunders pula meundukkan Ansara
dengan skor 47-00.
Dengan kemenagan ini,
SLRC memperkukuhkan lagi kedudukan di tempat kedua di belakang MOR Jr yang sudah
menamatkan saingan Liga manakal SLRC masih berbaki dua
perlawanan.
SLRC bakal berkunjung ke
Uniten Bangi untuk menentang Uniten Thunders pada hari Sabtu ini 22 Mac 2008 jam
5.30 ptg.
Terima kasih kepada
pemain-pemain dan juga penyokong-penyokong SDAR Lions especially Ateng yang
sanggup meluangkan masa bersama pasukan.
After all, it’s just
another game of rugby.
"Lions… pride and
passion"

players :-
Zack (915), Tambun (0105), Bulat (0105), Ajoi, Iks (926), Pakho (9903), Smile (0307), Azfa (9701), Duen (0206), Ross (948), Amin, Jibak (9903), Itik (0206), Wali, Mamu (0206), Indra (0004), Muzal (0206), Lan Gay (0307), Boger, Zam, Tam, Cimex (9903), Tobab (0206), Shah.

Leave a Reply