Archive for March, 2008

SDAR LIONS juara KRS Div Jr 2008

Sunday, March 30th, 2008
SDAR LIONS JUARA
LIGA KRS DIV JUNIOR

30 April - Putrajaya -
Kelab Ragbi Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) Fighters yang menantikan kunjungan
SDAR Lions Rugby Club (SLRC) di Padang SSAS, Presint 1, Putrajaya dalam
perlawanan terakhir bagi Liga KRS Divisyen Junior 2008.
Seperti yang diramal,
sebarang keputusan tetap akan memberikan kelebihan kepada SLRC untuk muncul
juara Liga pada kali pertama menyertai sebarang Kejohanan anjuran Kesatuan Ragbi
Selangor (KRS).
Dengan keadaan cuaca
yang hujan sepanjang perlawanan, agak menyukarkan pasukan SLRC membuat sebarang gerakan.
Kedua-dua pasukan saling asak-mengasak bagi menguji benteng pertahanan
masing-masing.
ASAS yang sememangnya
memerlukan kemenangan besar bagi meraih kejuaraan, mendapat penaliti pada jarak
25 meter dan memanfaatkan sepakan penalti tersebut.
Beberapa minit
berselang, ASAS menggandakan lagi serangan dan hasilnya memperolehi try yang
pertama dan menyempurnakan sepakan conversion.
Pemain-pemain SLRC seolah-olah hilang
tumpuan kerana tidak berupaya melakukan serangan. Namun begitu, semangat juang
mereka tetap membara dengan menghasilkan larian dan juga asakan yang berbahaya.
Pasukan forward yang
diterajui oleh Zack 915 dan juga Alim 9903 berjaya mengucar-kacirkan barisan
forward ASAS dengan beberapa gerakan sebelum separuh masa pertama yang
berkesudahan dengan skor 0-10.
Sebaik sahaja separuh
masa kedua dibunyikan, SLRC terus menerus mengasak kubu pihak lawan sbelum
larian Alim 9903 yang sepatutnya try dihasilkan, dibatalkan oleh pengadil kerana
bola ditepis oleh Setan ASAS, yang menyebabkan bola terjatuh di dalam garisan
try.
Boleh dikatakan hampir
70% pada separuh masa kedua, SLRC berada di dalam kawasan ASAS.
Akhirnya, perlawanan
yang penuh kontroversi tersebut berakhir dengan keputusan SLRC 0, ASAS Fighters
10.
SLRC akan meneruskan
perjuangan dalam saingan merebut kejuaraan Piala Junior apabila bakal berentap
kembali menentang Uniten Thunders pada 12 April 2008 di venue yang belum
ditetapkan. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan Separuh Akhir
(Cup/Plate).
Terima kasih kepada
rakan-rakan SDARA (Mhi, DKN, Raja Rahiman, geng2 batch 948) yang hadir bagi
memberikan sokongan moral kepada pasukan.
After all, it’s just
another game of rugby.
"Lions… pride and
passion"

gambar2 bakal diupload
ke dalam http://sdarlions.fotopages.com

players:-
Zack (915), Lan Gay
(0307), Kuman (0307), Azfa (9701), Smile (0307), Ayis, Zam, Alim (9903), Ross
(948), Amin, Muzal (0206), Jibak (9903), Itik (0206), Shah, Basit (9903), Mamu
(0206), Toche (9903), Angah, Cimex (9903), Atuk (9903), Duen (9903),

Liga KRS - SLRC vs Uniten Thunders

Sunday, March 23rd, 2008
Sabtu, 22 Mac - Uniten Thunders yang menantikan kunjungan SDAR
Lions (SLRC) di Padang CoIT, Uniten Bangi tampak begitu yakin dan ghairah dalam
perlawanan terakhir Liga KRS Divisyen Junior 2008.
Dengan cuaca yang tidak begitu mengizinkan, keadaan hujan lebat
dan tanpa henti, permainan tetap diteruskan. Sebaik wisel permainan dibunyikan,
SLRC sentiasa berada di kawasan 22 meter pihak lawan yang mengasak bertubi-tubi.
Namun dalam keghairahan mengasak tersebut, pasukan bimbingan saudara Ali Aswan
dengan hanya sekali serangan, SLRC tersentak dengan try awal Thunders hasil
gerakan dari line-out pada minit ke-10.
Bagaikan terjaga dari tidur, SLRC menggandakan lagi asakan dan
hasil gerakan barisan line, Itik 0206 mendapatkan try yang pertama. Bagaikan
mendapat semangat baru, SLRC sekali lagi mendapat try hasil dari Muzal menebuk
barisan line Thunders yang nyata goyah dan Indra mendapatkan try kedua.
Sebelum separuh
masa pertama berakhir, SLRC sekali lagi mendapat try bagi kedudukan 17-5 pada
separuh masa pertama.
Dengan keadaan hujan yang turun tanpa henti, sekejap lebat sekejap
renyai, memang menyukarkan kedua-dua pihak untuk mengawal bola. Dalam keadaan
yang agak leka, Thunder berjaya mendapatkan try yang kedua apabila, namun
coversion gagal disempurnakan.
Sujak
9903 yang dimasukkan menggantikan Duen 0206 hanya sempat bermain selama 5 minit
sahaja akibat kecedaraan. Tempatnya digantikan oleh Alim 9903 yang hanya
mengambil masa kurang dari seminit untuk menghasilkan try SLRC yang keempat.
Kejolapan Alim jelas ketara apabila beliau terus menghasilkan try yang kedua dan
ketiga peribadi apda perlawanan tersebut.
Tepat
jam 6.45ptg, wisel penamat dibunyikan dan menghasilkan kemenangan kepada SLRC
dengan skor 34-10. Dengan kemenangan ini, SLRC akan berentap dengan ASAS pada
perlawanan terakhir pada penghujung minggu ini bagi penentuan Juara Liga KRS
Divisyen Junior.
Kehadiran rakan x-Sdarians nyata menyemarakkan lagi sokongan
kepada pasukan terutama kepada Arip 948 yang turut sama bersorak di tepi
padang.
Kepada pemain dari Melaka juga terima kasih keran bersusah payah
datang ke KL.
After
all, it’s just another game of rugby
"Lions… pride and passion"
 

players :-
Zack (915), Lan Gay (0307), Tambun (0105), Ajoi, Tam, Pakho (9903), Smile
(0307), Kuman (0307), Duen (0206), Jimmy (982), Amin, Muzal (0206), itik (0206),
Indra (0004), Shah, Boger, Sujak (9903), Bulat (0105), Toche 9903), Basit
(9903), Moondog (9903), Cimex (9903), Jie (atma), Ajoy
(atma).

Liga KRS - SLRC vs X-SSAAS

Sunday, March 16th, 2008
Assalamualikum
wbt,
16 Mac, Shah Alam - SDAR
Lions RC (SLRC) meneruskan rentetan kemenagan apabila terus membenam cabaran
Pasukan Bekas Pelajar Sekolah SMK Sultan Salehudin Abd Aziz Shah (X-SSAAS), Shah
Alam pada perlawanan ragbi Liga KRS Divisyen Junior, petang
semalam.
SLRC yang turun dengan
semua pemain utama kecuali Alim 9802 yang lewat hadir kerana masalah peribadi
dan juga Jimmy yang juga lewat kerana bekerja. Dan juga penyokong yang merupakan
bekas pelajar SDAR juga hadir termasuk Ateng.
Dengan keadaan padang
yang begitu teruk, hampir menyukarkan kedua-dua pasukan untuk membuat gerakan,
namun SLRC tidak tunggu lama apabila mendapatkan try pada minit ke-7 menerusi
Azfa 915. Selang lima minit, Itik 0206 mula melakukan larian yang cantik hasil
gerakan Ross dan rakan-rakan untuk mendapatkan try yang
kedua.
Beberapa larian yang
dilakukan oleh back-line beberapa kali dipatahkan oleh pihak lawan dan diri
sendiri apabila bola banyak jatuh dan forward pass.
X-SSAAS yang cuba
bangkit, berjaya mendapatkan try pada penghujung babak pertama setelah Wali
dilayangkan kad kuning akibat menumbuk pemain lawan. Separuh masa pertama, SLRC
10, X-SSAAS 5.
Pada separuh masa kedua,
pasukan jentera berat dimasukkan bagi memantapkan lagi serangan. Serangan demi
serangan yang bertali arus sememangnya tidak dapat dikekang oleh pihak lawan
yang menurunkan pemain campuran bekas pelajar dan pelajar
sekolah.
Tepat jam 6.40 ptg,
pengadil Mat Rat meniupkan wisel penamat dengan keputusan SLRC menumpaskan
X-SSAAS dengan skor 27-5.
Keputusan lain, MOR Jr
menang tipis terhadap ASAS Fighters 12-8, manakala TEORA memperolehi kemenagan
pertama menerusi PSIS Falcons, 15-5. Uniten Thunders pula meundukkan Ansara
dengan skor 47-00.
Dengan kemenagan ini,
SLRC memperkukuhkan lagi kedudukan di tempat kedua di belakang MOR Jr yang sudah
menamatkan saingan Liga manakal SLRC masih berbaki dua
perlawanan.
SLRC bakal berkunjung ke
Uniten Bangi untuk menentang Uniten Thunders pada hari Sabtu ini 22 Mac 2008 jam
5.30 ptg.
Terima kasih kepada
pemain-pemain dan juga penyokong-penyokong SDAR Lions especially Ateng yang
sanggup meluangkan masa bersama pasukan.
After all, it’s just
another game of rugby.
"Lions… pride and
passion"

players :-
Zack (915), Tambun (0105), Bulat (0105), Ajoi, Iks (926), Pakho (9903), Smile (0307), Azfa (9701), Duen (0206), Ross (948), Amin, Jibak (9903), Itik (0206), Wali, Mamu (0206), Indra (0004), Muzal (0206), Lan Gay (0307), Boger, Zam, Tam, Cimex (9903), Tobab (0206), Shah.

Liga KRS Div Jr ~ SLRC vs MOR Jr

Sunday, March 2nd, 2008
2
Mac, Jalan Ipoh - Sdar Lions RC (SLRC) yang berkunjung ke Kem Batu Kantomen,
Jalan Ipoh petang semalam berjaya mencatatkan kejayaan manis apabila menumpaskan
pendahulu liga, Mindef Officer Rugby (MOR) Junior pada perlawanan yang begitu
sengit dan berat sebelah kepada pihak lawan.
Tanpa
beberapa tonggak utama berikutan berselisih dengan Kejohanan Ragbi KYUEM di UKM
Bangi dan Touch-Footie di UPM, SLRC yang diketuai oleh Zack 915 berjaya
menundukkan pasukan bimbingan bekas jurulatih kebangsaan itu dengan skor
16-12.
15
minit permainan bermula melihatkan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan,
namun benteng pertahanan yang mantap dari kedua-dua pasukan menidakkan serangan
masing-masing. Akhirnya, penalti diperolehi dari jarak 30 meter membuatkan Ross
948 menyempurnakan sepakan penalti. Selang 5 minit, dari jarak 40 meter, Ross
sekali lagi melebarkan skor kepada 6-0.
Dengan barisan forward yang mantap dan bertenaga, sememangnya
serangan demi serangan SLRC tidak dapat dikekang oleh pihak lawan dan MOR Jr
cuba bangkit untuk melakukan counter attack dari arah back line, namun cubaan
demi cubaan tersebut juga gagal dengan disekat oleh Itik dan Shah. Barisan
forward yang begitu ghairah ketika dalam kawasan penalti MOR Jr, berjaya
memperolehi try yang pertama dan Ross gagal menyempurnakannya. Separuh masa
pertama, SLRC 11 Mor Jr 0.
Pada
babak kedua, MOR Jr cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan. Dengan bermodalkan
keadaan fizikal mereka yang sememangnya fit itu, mereka berjaya mendapatkan try
yang pertama.
Ketika permainan yang tinggal 15 minit sebelum berakhir, Ross
terpaksa diusung keluar akibat kecederaan. Ini membolehkan Jimmy 982 mengambil
alih tempatnya dan menghasilkan gerakan yang cantik sebelum Itik 0206 melebarkan
skor untuk memperolehi try yang kedua.
Ketika keadaan genting di hadapan garisan try SLRC, Zam pula
terpaksa menerima hukuman dari pengadil apabila dilayangkan kad kuning. Keadaan
ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh MOR Jr dan mereka mendapat try yang kedua.
Sebaik sahaja conversion tersebut gagal dilaksanakan, pengadil perlawanan
meniupkan wisel penamat bagi kedudukan terakhir SLRC menewaskan MOR Jr dengan
skor 16-12.
Dengan kemenangan ini, SLRC melonjakkan diri ke tempat kedua Liga
KRS Divisyen Junior di belakang MOR Jr dengan perbezaan satu mata sahaja.
Keputusan perlawanan lain, PSIS Falcons menundukkan Ansara 25-00,
Uniten Thunders menewaskan TEORA 21-20 manakala perlawanan di antara ASAS
Fighters dan X-SSAAS ditunda.
Perlawanan kelima yang dijadualkan pada 9 Mac di antara SLRC
menentang ASAS terpaksa ditunda berikutan pilihanraya umum ke-12. Sehubungan
dengan itu, SLRC akan menentang X-SSAAS di Shah Alam pada 16 Mac
2008.
Thanks to todax 893 for supporting us.
After
all, it’s just another game of rugby… winning is not a point, a loyalty and
contribution to the team is important….
"Lions… pride and passion…"
Players :-
Kuman (0307), Bulat (0105), Zack (915), Boger, Ajoi, Smile (0307),
Pakho (9903), Azfa (9701), Alim (9903), Ross (948), Amin, Itik (0206), Shah,
Mamu (0206), Indra (0004), Sayo (8892), Toche (9903), Basit (9903), Mirul
(9903), Lan Gay (0307), Jimmy (9802), Zam, Ayis.