Archive for February, 2008

Liga KRS Div Jr ~ SLRC vs Falcons

Sunday, February 24th, 2008
24
Feb - Sdar Lions yang menanti kunjungan wakil dari Sabak Bernam iaitu Politeknik
Sultan Idris Shah - PSIS Falcons di padang UPM petang semalam berjaya memecahkan
rekod perlawanan pertama dan kemenangan yang terbesar dalam sejarah SLRC. Tanpa
belas kasihan, pemain-pemain SLRC membelasah Falcons dengan skor 84-0,
kemenangan terbesar bagi sesebuah pasukan dalam Liga KRS Divisyen Junior setakat
ini.
Sebaik sahaja wisel dibunyikan pengadil, SLRC tidak tunggu lama
apabila barisan forward yang diketuai oleh Azfa menghasilkan try pertama. Dua
minit berselang, back line yang diterajui oleh Manjung menghasilkan larian yang
cantik dan kemas sebelum try disempurnakan oleh Shah.
Dengan wisel babak pertama dibunyikan, SLRC berada di hadapan
dengan skor 40-0. Di separuh masa kedua, rombakan dilakukan di mana back line
100% menjadi pasukan dari batch 0206, dari scrum half hingga
winger.
Dengan hampir kesemua pemain ditukarkan, SLRC berjaya melebarkan
skor dan akhirnya, wisel perlawanan ditiupkan dengan keputusan penuh, SLRC 84,
Falcons 0.
Dalam
perlawanan lain, pendahulu liga MOR Jr membenam cabaran TEORA 48-0 manakala di
Putrajaya, ASAS Fighters membelasah Ansara 57-3. Di padang Uniten pula, X-SSAAS
tewas buat kali pertama selepas 4 perlawanan dengan skor
12-38.
SLRC
pula kekurangan satu perlawanan dan berada di kedudukan keempat liga setakat
ini. SLRC akan turun menentang MOR Jr yang bakal dijadualkan di Padang Kem Batu
Kentomen di Jalan Ipoh pada hari Ahad 2 Mac jam 3.30ptg.
After
all, it’s just another game of rugby…
"Lions… pride and passion"
 

players
:-
Iks(926), Bulat(0105),
Zam, Basit(9903), Ajoi, Azfa(9701), Pakho(9903), Smile(0307), ALim(9903),
Manjung(0206), Muzal(0206), Itik(0206), Mamu(0206), Indra(0004), Shah, Amin,
Duen(0206), Acai, Lan Gay(0307), Tawil, Ross(948), Jimmy(9802), Mirul(9903),
Ayis, Fikri, Zack(915), Sayo(8892), Tobab(0206).

Liga KRS Div Jr ~ SLRC vs TEORA

Sunday, February 17th, 2008
SLRC
sekali hampir-hampir memecahkan rekod perlawanan pertama apabila sekali lagi
membenam cabaran TEORA, wakil dari Kepong dengan mencatatkan kemenangan selesa
49-3.
Dengan kehadiran semua pemain utama, SLRC tidak menghadapi masalah
apabila mendahului babak pertama perlawanan dengan skor 35-0.
 
Perlawanan kali ini,
memperlihatkan kehadiran warga baru old boys seperti Lan gay dan juga smile yang
sedang menunggu result SPM 2007.
Corak permainan agresif
yang ditunjukkan oleh SLRC sememangnya tidak dapat ditahan oleh pemain TEORA
apabila Alim 9903 yang mengetuai barisan forward dengan jolapnya menghasilkan 3
try peribadi untuk dirinya.
Memperlihatkan permainan
kemas dan bertenaga dari SLRC, pemain TEORA mula bermain agak kasar menyebabkan
beberapa pemain SLRC terpaksa ditukar akibat terkena tumbukan dan juga high
tackle. Pengadil juga melayangkan kad kuning kepada pemain
TEORA.
Perlawanan seterusnya,
SLRC akan menentang PSIS Falcons pada hari Ahad 24 Februari 2008 juga bertempat
di padang UPM Serdang.
"After all, it’s just
another game of rugby"
Lions… pride and
passion
rgds
Azwan
/DHL-FIN
 
players
:-
Zack (915), Lan Gay
(0307), Iks (926), Tam, Ajoi, Ayis, Smile (0307), Azfa (9701), Alim (9903), Ross
(948), Amin, Jibak (9903), Shah, Wali, Fikri, Itik (0206), Manjung (0206), Muzal
(0206), Mamu (0206), Duen (0206), Jimmy (9802), Pakho (9903), Basit (9902), Zam,
Tobab (0206), Kirk, Cimex (9903), Sayo (8892), Bulat (0105), Mirul
(9903).