Liga KRS Div Jr ~ SLRC vs Ansara
Ahad, 27 Jan (UPM) - Perlawanan pembukaan Liga KRS Divisyen Jr yang berlangsung petang semalam di padang Universiti Putra Malaysia memperlihatkan SLRC mencatat rekod tersendiri dalam sejarah penuhunannya apabila membenam lawan iaitu Ansara dengan skor 50-3.
SLRC yang turun dengan hampir kesemua pemain utama termasuk mereka yang menyertai Negri Sembilan U-19 Sevens baru-baru ini di Ipoh, tidak menunggu lama apabila Bagak (915) menghasilkan try pertama seawal minit kedua. Asakan demi asakan yang dilakukan oleh SLRC memang tidak dapat dikekang oleh pihak lawan apabila Bagak sekali lagi mendapatkan try keduanya.
Dengan keputusan 26-0 pada babak pertama, para pemain seolah-olah seperti singa yang kelaparan apabila Tambun (0105) membuat hit yang begitu hebat dan menghasilkan try seterusnya sebelum beliau sendiri terpaksa diusung keluar akibat kekejangan otot.
Barisan line yang diketuai oleh Ross 9498 tidak banyak menghadapi masalah dalam larian, cuma beberapa taktikal yang tidak berjaya dilakukan akibat handling errors. Bagak bagaikan singa kelaparan apabila beliau yang mengetuai barisan forward, menghasilkan try peribadi beliau yang ketiga dalam perlawanan.. bak kata budak Sdar, dia jolap la bola tuh… hehehe….
Akhirnya, tepat jam 5.15 ptg, pengadil Ali Tahar meniupkan wisel penamat dengan berkesudahan, SLRC menewaskan Ansara, 50-3.
Perlawanan kedua akan berlangsung Ahad ini (3 Feb 2008) menentang Uniten bertempat di Pdg Uniten, Bangi pada jam 5.30 ptg. Perlawanan tersebut dijangka seimbang dengan akan ramai ketidakhadiran para pemain akibat penglibatan mereka dalam Ragbi MASUM 10’s di Terengganu bermula Ahad ini.
After all, it’s just another game of rugby…
"Lions…pride and passion"
Players :-
Bagak(915), Acai, Bulat(0105), Tam, Ajoi, Sayo(8892), Ayis, Duen(0206), Ross(948), Arep(9802), Jibak(9903), Shah, Mirul(9903), Fikri, Tambun(0105), Boga(0004), Emon, Muzal(0206), Manjung(0206), Itik(0206), Alim(9903), Zack(915), Azfa(9701), Welens(0105), Ala(0105), Basit(9903).