Archive for December, 2007

Final ALumni Cup: SLRC vs SMSOB

Sunday, December 16th, 2007

Petaling Jaya, 16 Dis-

Pada perlawanan akhir Piala Alumni (kategori Cup) yang
berlangsung petang semalam menyaksikan satu perlawanan yang pada awalnya
dijangka akan berat sebelah pihak lawan. Namun, semangat juang yang jitu
ditunjukkan oleh para pemain berjaya mengekang pihak lawan sebelum akhirnya
terpaksa akur dengan kehebatan pihak lawan. Keputusan petang semalam, SLRC tewas
kepada SMSOB dengan skor 16-20.
Kedudukan kedua-dua pasukan terikat 13-13 pada saingan
babak pertama setelah masing-masing memperolehi satu try dan saling berbalas
sepakan penalti.
Ketika masa permainan yang berbaki 10 minit sebelum
wisel, SMSOB berjaya mendapatkan satu try dan conversion bagi membolehkan mereka
mendahului 20-13. Sebelum perlawanan berakhir, Ross melakukan satu drop goal
ala-ala Johnny Wilkinson untuk kedudukan terakhir SMSOB menewaskan SLRC,
20-16.
SMSOB berjaya mempertahankan kejuaraan pada tahun 2006
dan juga juara berganda setelah muncul juara Liga Alumni 2007. SLCR berjaya
memperbaiki pencapaian tahun lalu setelah muncuk naib juara Piala Alumni dan
berada dalam ranking ke-3 keseluruhan di bawah SMSOB dan juga
MCOBA.
Pada perlawanan sebelum itu bagi penentuan tempat
ketiga, OPA-RMC berjaya menumpaskan Ex-Sas yang bermain tanpa mana-mana pemain
Piala Agongg dengan skor 29-5.
2007 akan melabuhkan tirainya dan lakaran kejayaan
ragbi membawa khabar gembira buat semua pemain, pihak pengurusan dan penyumbang.
Semoga bertemu pada Ansara 10’s 12-13 Januari 2008 nanti.
After all, it’s just another game of
rugby.
"Lions… pride and passion"
pemain:-
Bagak (915), Acai, Bulat (0105), Zack (915), tambun
(0105), Ajoy, ayis, smile (0307), pakho (9903), arep (9802), amat,  alim (9903),
duen (0206), Ross (948), Mamu (0206), Muzal (0206), Manjung (0206), Abang, Jimmy
(9802), Itik ( 0206), Otai (0004), Bota (0307), Iqbar (0307), Siti (0307),
Zam, Iks (926)

Sdara Futsal Season 2007

Tuesday, December 11th, 2007

Sunway, 08 Dis - SDARA Futsal Season 2007 Inter-batch telah berlangsung
dengan jayanya pada hari Sabtu yang lalu bertempat di Sports Planet
Subang Grand, Bdr Sunway. Sebanyak 32 pasukan telah mengambil bahagian
dalam kejohanan edisi yang ke-5 sejak ianya mula diperkenalkan pada
tahun 2003. Ini merupakan acara kemuncak bagi penutup tirai tahun 2007
dan juga sempena Sambutan Jubli Emas SDAR.

Pada edisi kali ini, warga baru SDARA iaitu pasukan dari SDARA 07 muncul
juara bagi kategori Premier setelah menundukkan juara bertahan iaitu
SDARA 98A menerusi penentuan sepakan penalti. Perlawanan yang sengit itu
telah berkesudahan dengan jaringan 1-1 setelah wisel penamat dibunyikan.
Pasukan SDARA 07 menjadi pasukan pertama yang muncul juara apabila
pertama kali menyertai kejohanan ini.

SDARA 07 ternyata tidak mendapat laluan yang mudah untuk ke peringkat
akhir apabila terpaksa berdepan dengan pasukan pilihan seperti SDARA 97
di peringkat kumpulan dan menewaskan SDARA 95 pada perlawanan separuh
akhir. Begitu juga dengan SDARA 98A apabila terpaksa menentang sesama
sendiri SDARA 98B di peringkat suku akhir sebelum menumpaskan SDARA 00A
2-0 pada saingan separuh akhir. SDARA 98A yang menjejakkan kaki ke final
buat kali ketiga berturut-turut terpaksa akur dengan kehebatan dan
ketangkasan penjaga gol SDARA 07 yang berjaya mematahkan beberapa cubaan
yang berbahaya.

Bagi kategori Otai pula, SDARA 93A telah dinobatkan sebagai juara
apabila menundukkan SDARA 92 juga melalui penentuan sepakan penalti
apabila kedua-dua pasukan telah terikat dengan kedudukan 1-1.

Saudara Anip dari SDARA 07 telah dipilih sebagai pemain terbaik
perlawanan akhir bagi kategori Premier, manakala Saudara Zahiruddin dari
SDARA 93A pula telah dinobatkan sebagai pemain terbaik untuk kategori
Otai.

Pasukan SDARA 07membawa pulang Piala Pusingan Allahyarham Mohd Ghazali
Zakaria, pingat dan hamper manakala SDARA 93A juga membawa pulang Trofi
kejohanan, pingat dan juga hamper. Majlis penyampaian hadiah telah
disempurnakan oleh Naib Yang Di-Pertua SDARA iaitu Saudara Ibrahim K
Mohideen. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Good Old Sdar yang
dipimpin oleh saudara Ayyub dan juga sesi bergambar bersama pemenang.