Ragbi Liga NS : SLRC vs KP D’Perpateh

Perlawanan pembukaan Ragbi Liga Negri Sembilan di antara Sdar Lions Rugby Club
(SLRC) dan Kuala Pilah D’Perpateh telah berlangsung di Padang Sekolah Tengku
Muhammad (TMS), Kuala Pilah pada petang Sabtu yang lalu.

Seramai 22 orang pemain SLRC yang datang dari Kuala Lumpur dan hanya 3 orang
pemain sahaja dari Seremban. Perjalanan yang agak jauh ditambah dengan keadaan
cuaca yang panas terik sepanjang lebuhraya Utara-Selatan dan jalan yang
sesak teruk di bandar Seremban akibat Le Tour de Langkawi dan tersangkut di dalam
lalu lintas di Seremban sahaja hampir 45 minit menyebabkan SLRC tiba di pdg TMS
tepat jam 5.30 ptg. Para pemain hanya sempat untuk memanaskan badan selama 10
minit sahaja.

Apabila wisel permainan ditiupkan, SLRC tidak tunggu lama apabila Stopek
memulakan larian dari scrum di tengah padang dan larian dimulakan dengan
cantik oleh Arep 98-02 sebelum disudahkan oleh Itik 02-06.

Keadaan agak kucar-kacir di dalam kawasan 22m SLRC apabila D’Perpateh mula
mengasak dan keadaan agak goyah seketika.

D’Perpateh turut diperkuatkan oleh beberapa muka lama yang berpengalaman
seperti E-man, Adik-beradik Palong, Badut (STJ), Ajis, Killer dan Ross (Sdar).

Perlawanan agak konsisten sehingga separuh masa tamat dengan kedudukan SLRC
12-D’Perpateh 7.

Ketika SLRC mendahului dengan skor 17-7, D’Perpateh memasukkan Ross 948 (kira kes curik player la nih) dan corak permainan D’Perpateh terus berubah apabila dalam
10 minit terakhir perlawanan mereka berjaya mendapatkan 3 try hasil larian
Ross.

Keputusan akhir perlawanan ialah SLRC tewas dengan skor 17-26.

Walaubagaimanapun, semangat kental yang ditunjukkan oleh para pemain SLRC harus dipuji walaupun datang dari jauh dan agak penat sepanjang perjalanan. Pemain
SLRC kebanyakkannya ialah mereka yang baru sahaja tamat SPM 2006 bakal dipilih
mewakili NS Bawah 21 tahun nanti.

Thanx for Aripo (94′8) kerana turut sama jadik manager hari tuh… dia dtg all
the way from KL.

Bak kate Mizy, "Winning is a bonus… giving everything is the victory".

After all, it’s just another game of rugby…

"LIONS…Pride and Passion"

makeURL(”http://sdarlionsrc.myphotoalbum.com”,”eHNsL2J1bGxldGluLnhzbA==”);http://sdarlionsrc.myphotoalbum.com

Line-up : Kondoque (84′8), Basau(0206),
Wellens (0105), Fahmi, Azfa (9701), Paoh
(9903), Tobab(0206), Stopek,
Manjung(0206),Jimmy(9802), Arep (9802),
Muzal (0206), Aboi, Itik (0206), Bagak
(91′5), Anu (94′8), Misha, Fiqi (0206),
Fikri, Sayo (88-92), Mentol (0206), Mamu
(0206).

One Response to “Ragbi Liga NS : SLRC vs KP D’Perpateh”

  1. Bella Says:

    Tak paham lah bang…. hehehe.. jgn marah… Isya memang x tau pasal ragbi ni…

Leave a Reply