Archive for December, 2006

SDARA Futsal Inter-Batch 2007

Monday, December 25th, 2006

SDARA
98 & SDARA 89 UNGGULI SDARA FUTSAL 2006

 

Subang
USJ, 23 Dis.

SDARA 98 dan SDARA 89 muncul juara dalam kategori masing-masing dalam SDARA
Futsal Inter-Batch Challenge 2006 (SFIC ‘06) yang berlangsung di Rio De Futsal
Sabtu lalu. SFIC ‘06 kali ini merupakan Sdara Futsal edisi ke-4 sejak mula
diperkenalkan pada tahun 2003 dan berjaya menarik lebih kurang 300 orang untuk
berada di venue pada hari kejohanan.

 

SDARA
98 menjuarai kategori Premier sekaligus membawa pulang Piala Pusingan Mohd
Ghazali Zakariah setelah menewaskan SDARA 2001 dalam perlawanan akhir. SDARA 98
yang merupakan Naib Johan tahun lalu tidak mendapat laluan mudah untuk mara ke
akhir apabila terpaksa bangkit dari ketinggalan 2-0 sebelum menundukkan pasukan
tuan rumah SDARA 96 3-2 dalam perlawanan separuh akhir.

 

SDARA
2001 yang tidak diberikan harapan pada awalnya, melakukan beberapa kejutan
apabila menundukkan SDARA 95 pada peringkat suku akhir dan menjinakkan Johan
SFIC ‘ 05, SDARA 97 dalam perlawanan akhir. 24 pasukan berdaftar dalam kategori
Premier tetapi hanya 21 pasukan sahaja yang bertanding apabila 3 pasukan menarik
diri pada saat-saat akhir.

 

Dalam
kategori O-Tai, SDARA 89 membuktikan kehebatan mereka apabila muncul pemenang
apabila menewaskan juara bertahan SDARA 91 dalam perlawanan akhir yang
berlangsung sengit. Kedua-dua pasukan mara ke akhir setelah menjinakkan lawan
masing-masing iaitu SDARA 92 dan SDARA 83 dalam perlawanan separuh akhir. 12
pasukan berdaftar dalam kategori ini, tatapi hanya 11 pasukan bertanding selepas
SDARA 82 menarik diri kerana kekurangan pemain. SDARA 82, batch paling senior
pada hari tersebut menyumbang yuran penyertaan mereka kepada SDARA FC.

 

Azwan
Zakwan (SDARA 98) dipilih Pemain Terbaik kejohanan untuk kategori Premier,
manakala Rodin (SDARA 89) untuk kategori O-Tai. Hadiah-hadiah telah disampaikan
oleh Timbalan Yang Di Pertua SDARA, M Samueil Mohamad Kameil dalam acara penutup
kira-kira pukul 4.00 petang. Bro Sam juga menyampaikan sumbangan daripada SDARA
sebanyak RM500 sebagai tanda sokongan terhadapa penganjuran aktiviti untuk
SDARA. Beliau juga menyampaikan sumbangan peribadi.

 

Dalam
acara penutup juga, semua hadirin telah menghadiahkan Al-Fatihah kepada
Allahyarham Mohd Ghazali Zakariah yang namanya terpahat pada piala pusingan
tersebut. Bro Sam yang menyampaikan ucapan penutup turut memaklumkan
aktiviti-aktiviti terkini SDARA dan meminta semua orang terus menyokong aktiviti
SDARA terutamanya dalam sambutan Jubli Emas SDAR tahun depan. Majlis di akhiri
dengan nyanyian lagu Good Old Sdar.

 

Sdar926.com sebagai penganjur Sdara
Futsal kali ini menganggap acara tahun ini berlangsung dengan jayanya dan
mencapai objektif terutamanya untuk mengumpul dana bagi pasukan SDARA FC.
Justeru itu, sdar926.com dan SDARA FC mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua yang terlibat terutamanya kepada Yang Di Pertua Sdara,
YB Datuk Dr Latif Ahmad, Bro Sam, Kol. Razak, Bro Sle, Dr Khairun dan seluruh
jawatankuasa SDARA Induk atas sokongan yang diberikan.

 

Penganjur
juga merakamkan jutaan penghargaan kepada penaja-penaja terutama Fitrah
Resources Sdn Bhd (penaja baru SDARA FC) yang bukannya syarikat budak SDAR;
SDARA; 926Family yang menyumbangkan wang ringgit, kain rentang kejohanan,
minuman peserta dan makan tengah hari krew, dan sumbangan tenaga sebagai krew
kejohanan; sumbangan individu daripada Bro Sam, Bro Yapakih, SDARA 83, SDARA 85
dan sumbangan daripada semua pasukan bertanding. Tidak lupa kepada sdara.com dan sdara e-groups sebagai
penyebar maklumat.

 

Tahniah
kepada pasukan-pasukan yang bertanding. Kalah atau menang bukan ukuran tetapi
semangat yang ditunjukkan sudah cukup menggambarkan kemenangan untuk semua
pasukan. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, tidak mungkin acara
ini dapat berlangsung dengan cemerlang. Semoga penganjuran tahun depan akan
terus mengekalkan kegemilangan kejohanan ini sebagai acara sukan terbesar dalam
kalendar SDARA.

 

Once
A Sdarian, Always A Sdarian.

 

SFIC
‘ 06 Committee – Iswadi Ismail, Adi Sazlimi Mukhtar, Mushriff Abdullah, Sophian
Riza Zawawi, Irwan Mihat, Ariff Basri, Nazir Md Shah.

 

 

 

 

p/s:
Gambar-gambar kejohanan akan di update oleh Sdr Fahmi Azmi (ninethreeseven.com) sebagai
jurufoto rasmi kejohanan. Keputusan-keputusan penuh akan diupdate di sdara.com dalam masa terdekat.
TQ.

 

 

SLRC vs OPA q/final Alumni League 2006

Tuesday, December 5th, 2006
Perlawanan suku akhir Liga Alumni 2006 di antara Sdar lions
menentang OPA telah berkesedahan dengan kemenangan berpihak kepada pihak lawan
dengan skor 15-10.

Dengan cuaca yang hujan lebat giler, semua pemain dapat hadir
tepat masanya kecuali Cimex 01-05 yang sampai pada separuh masa
kedua…
Walaupun SLRC mendominasi permainan seawal babak permainan, namun
keghairan masing-masing untuk try akhirnya membawa padah apabila OPA melancarkan
counter-attack….
Sekali lagi, kita tewas kepada pengalaman berbanding OPA yang
sememangnya pasukan yang penuh dengan pengalaman. SLRC menurunkan kebanyakannya
pemain-pemain muda yang terdiri daripada form five tahun lepas dan juga
pemain-pemain bawah 19 tahun.
gambar-gambar perlawanan boleh tengok kat http://sdarlionsrc.myphotoalbum.com
after
all, it’s just another game of rugby..
Lions…pride and passion…